<< Home News


Tarikh: 26/01/2015                                                                                                                                                                                                                                               Sumber: Kosmo Online

WONDERFUL Lifestyle Sdn Bhd, pemegang francais utama Gloria Jean’s Coffees di Malaysia dan Brunei, membuka cawangan baharu di Metro Point Complex, Kajang, baru-baru ini. Cawangan baharu rangkaian Gloria Jean’s Coffees itu, dimiliki tiga usahawan muda iaitu Mohammad Haniff Abd Halim, Salma Husna Zamani dan Fatin Syazwani Mohd Fuad. Fatin Syazawani berkata, mereka amat teruja kerana dapat menawarkan bakal pelanggan dengan kopi berkualiti tinggi, perkhidmatan yang baik dan suasana Gloria Jean’s Coffees. “Di kedai Gloria Jean’s Coffees yang lain, sambutan diterima amat menggalakkan dan kami berharap cawangan baharu kami ini menerima sambutan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Gloria Jean’s Coffees membuka kedai pertamanya di Plaza Sentral pada 2007 dan KPJ Kajang. Sementara itu, Pengerusi Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise), Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata, cawangan ketiga Gloria Jean’s Coffees itu dijangka akan mengukuhkan lagi jenama rangkaian kedai kopi itu. “Kami berdedikasi menawarkan kopi istimewa berkualiti di dunia iaitu daripada ia masih lagi biji kopi sehinggalah ke dalam cawan. Kami tidak pernah berkompromi dengan soal kualiti produk,” katanya. Menurutnya, syarikat itu komited mengekalkan reputasi kecemerlangannya untuk menjadi peneraju dalam segmen kopi dan mengukuhkan jenamanya sebagai salah sebuah ‘coffee house’ yang terkemuka. “Kami sentiasa berusaha membangunkan dan melaksanakan strategi baharu yang akan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran dan kekal berdaya saing bukan sahaja terhadap kualiti barangan dan makanan, tetapi juga kakitangannya,” katanya.
Go to top UA-93677160-1