<< Home News


Tarikh:19/09/2015                                                                                                                                                                                                                                           Sumber: Kosmo Online
mempunyai pekerja terlatih untuk menyediakan kopi yang memenuhi cita rasa pelanggan.

MENIKMATI kopi sama ada sejuk atau panas pasti memberikan kesegaran setelah kepenatan bekerja mahupun memulakan hari baharu. Ia juga menjadi pelengkap tatkala bersembang bersama rakan-rakan ataupun ketika bermesyuarat. Bagi penggemar-penggemar kopi yang ingin merasai keenakan dan keistimewaan minuman itu, boleh mencubanya di Gloria Jean’s Coffees. Lebih 50 minuman berasaskan kopi sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan. Pastinya keenakan dan aroma kopi di situ memikat selera para pencinta kopi. Menurut Pengurus Gloria Jean’s Coffees, Faizatul Athirah Mohd. Nasiruddin, pihaknya hanya menggunakan biji kopi terbaik iaitu kopi Arabica seratus peratus dalam menghasilkan minuman itu dengan disediakan oleh pekerja terlatih yang pakar dalam pembuatan kopi. “Bagi menyediakan minuman berasaskan kopi yang enak dan mengujakan, pihak kami menghasilkan espresso secara manual dengan menggunakan beberapa teknik. Ia sangat penting kerana mempengaruhi rasa kopi.
Rasa hebat
SELEKSI minuman yang perlu dicuba dari kiri Cocoa Loco, Creme Brulee dan Caffe Latte.
“Espresso dibancuh secara manual, biji kopi dikisar kemudian serbuk kopi itu akan dimampatkan dan dimasukkan ke dalam mesin selama 20 hingga 30 saat untuk mendapatkan pati kopi yang berkualiti tinggi dengan rasa lebih sedap,” katanya ketika ditemui di cawangan Gloria Jean’s Coffees di Tawakkal Health Centre, Jalan Pahang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah Faizatul Athirah, sebanyak 60 mililiter espresso dimasukkan dalam setiap minuman di Gloria Jean’s Coffees yang turut dicampur bersama perisa-perisa lain seperti vanilla, karamel, coklat, hazelnut dan susu. Sudah pastinya memberikan gabungan rasa kopi yang lebih hebat,” katanya. Antara minuman yang paling mendapat permintaan ramai ialah Cocoa Loco. Bahan-bahan yang digunakan seperti serbuk vanila dan coklat gelap yang dikisar bersama espresso telah memberikan rasa yang tidak terlalu pahit atau manis. Ia ditambah pula dengan krim di atasnya dengan ditabur serbuk coklat akan memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menikmatinya.
NASI tomato pasti memikat selera pelanggan untuk dinikmati ketika makan tengah hari.
Kehebatan rasa Cocoa Loco telah membolehkannya diangkat sebagai penerima anugerah Asian Oustanding Business Award (F&B Category-Drink) pada tahun 2013. Selain itu, pencinta kopi juga boleh menikmati Crème Brulee yang menggabungkan karamel, coklat dan espresso bagi menyejukkan tekak tatkala kehausan. Sementara itu, bagi meraikan pelanggan, promosi sepanjang masa iaitu kopi panas bersama pastri atau kek berharga RM16.90 sahaja. Ia bermula pada pukul 4 petang hingga 7 malam setiap hari. Di samping hidangan minuman yang istimewa berasaskan kopi, pelanggan juga berpeluang merasai makanan Barat seperti fish and chips, chicken chop dan BBQ roasted chicken. Bagi memenuhi selera masyarakat tempatan, turut disediakan nasi beriani, nasi tomato dan bubur nasi bersama sambal kering udang yang istimewa. Harga yang ditawarkan bagi minuman bermula RM7 hingga RM16 manakala makanan pula RM7 hingga RM27.
Go to top UA-93677160-1