>

<< Home News

PEMBUKAAN OUTLET GLORIA JEAN'S COFFEES MALAYSIA YANG KE - 41

 

PUTRAJAYA, 25 FEBRUARI 2019 Perbadanan Nasional (PNS) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd hari ini meluaskan sayap rangkaiannya dengan membuka cawangannya yang ke-41 di Kompleks Kementerian Malaysia. Outlet ini adalah kepunyaan usahawan Dato' Mohammed dari Rakan Prospek Sdn Bhd. Selari dengan misi untuk membuka 25 buah outlet menjelang 2023, sebanyak 11 buah outlet Gloria Jean's Coffees bakal dibuka untuk tahun ini.

Gloria Jean's Coffees merupakan satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia yang mana ia boleh menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini dan seterusnya bergelar coffeepreneur. Pembukaan cawangan Gloria Jean's Coffees di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia

"Lepasan siswazah yang masih mengganggur boleh menyertai kursus-kursus pre-franchisee dalam usaha mengenali apa itu francais secara dekat dan mengkaji potensi-potensi perniagaan francais yang menarik minat mereka." katanya lagi.

Perbadanan Nasional (PNS) setakat ini telah meluluskan pembiayaan kepada 37 orang usahawan kopi Gloria Jean's Coffees. Gloria Jean's Coffees menawarkan dua konsep francais kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan iaitu konsep lot kedai dan kiosk. PNS menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus bagi bakal usahawan baru.

Turut hadir ialah Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Dzulkifli bin Fadzilah, Pengerusi Perbadanan Nasional (PNS), Dato' Azmi Bin Mohd Ali, Pengerusi Malaysia International Franchise Sdn Bhd (Myfranchise) dan Encik Jamil Busrah, Ketua Pegawai Eksekutif, Myfranchise.

_____________________________________________________________________

Untuk urusan media, sila hubungi: Debby Amrini Shamsulbahri, Ketua Pemasaran, Tranformasi, dan Promosi, Myfranchise

melalui e-mail, debby@pns.com.my atau hubungi 012-2799955

_____________________________________________________________________

Go to top UA-93677160-1